Surah AL-MULK & AS-SAJDAH APP
Surah Al Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al-Mulk kerana kata Al-Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti ‘Kerajaan’.
Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al-Mulk.” Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua para pengguna applikasi AL-MULK ini. Harapan kami, semoga dengan membaca Surah AL-MULK ini dengan istiqamah, dapatlah kita menikmati keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya…. Aamiin



