SaveME 999 APP
Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk kecemasan melibatkan insiden-insiden yang meletakkan nyawa dalam keadaan berisiko dan menyebabkan kerosakan terhadap harta benda atau alam sekitar.
Aplikasi ini turut direka khas untuk membantu individu cacat penglihatan (buta) dan cacat pendengaran (pekak) yang memerlukan bantuan kecemasan. Orang awam boleh menambah maklumat tambahan seperti teks, rakaman suara, gambar/video untuk membantu agensi kecemasan bertindak dengan lebih cepat dan berkesan.
Aplikasi ini boleh diakses sama ada melalui MyDigital ID atau dengan mendaftar sebagai pengguna SaveME 999.
Aplikasi dan data adalah milik Kerajaan Malaysia dan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi (KK) Selaras dengan hasrat negara ke arah pendigitalan teknologi, aplikasi ini diperbaharui dengan pelbagai fungsi baharu dan menumpukan kepada pengurusan perkhidmatan kecemasan secara lebih digital, cekap dan berkesan.



